Masuk tahun dua, keadaan semakin selesa. Dermasiswa pun sudah ada, jadi tak perlu pening-pening kepala. Sesekali kalau duit dalam bank dah tinggal seciput, mengecek dengan Mak, dapatlah kiriman wang melalui telegram, boleh ditunaikan di pejabat pos. Tengah-tengah sesak, dapat RM 100.00 masa tu, rasa macam orang kaya.
Di tahun dua ini, saya ditempatkan di Desasiswa Cahaya. Memang bercahaya sangat desasiswa ni kerana bangunannya yang banyak berdindingkan kaca lut cahaya terutamanya di lounge tempat bersantai. Kalau kita melepak di lounge yang terletak di tengah-tengah bangunan asramanya, kita boleh melihat dengan jelas ke bangunan asrama sebelah. Ada tangga spiral di tengah-tengah bangunan dan tangga besi merah di luar bangunan asrama. Tingkap bilik bukan jenis louvres tetapi jenis berkaca yang boleh ditolak ke luar, kira-kira agak beranginlah jugak suasana di Desa Cahaya ini. Sosialisasi di sini memang agak meriah mungkin kerana rekabentuk bangunan ini membolehkan para penghuninya sentiasa bertemu muka dan bertegur sapa.
Saya mendapat katil single di dalam bilik tiga penghuni. Katil double decker dihuni dua gadis junior. Mereka ini sungguh istimewa sekali, kerana kedua-duanya berpurdah dan berjubah. Oleh kerana saya pada masa itu masih tidak bertudung, ada jugak rakan yang mengatakan “padan muka”! “Nampak gaya, sebulan lepas ni aje Fara bertudunglah jawabnya..” kata seseorang. That never happened. At least not until I was in my third year. Jelas sekali mereka yang berkata itu tidak kenal siapa saya.
/\ Gambar hiasan. Imej daripada blog muslimsknowledgeunite.
Saya mengambil pendekatan relaks saja, hey..they dont bite lah..hahaha! Infact they were such nice girls. I would love having them again anytime as my room-mates. Mereka tu pengikut kumpulan Al-Arqam (yang pada masa itu sedang bergiat cergas, sehingga Abah saya fobia), dan sering tiada di bilik pada hujung minggu kerana menghadiri usrah di luar kampus. Sepanjang minggu kuliah pula, mereka akan pergi kuliah, balik bilik untuk makan dan tidur sahaja. Setiap kali beli makanan, sama ada nasi bungkus, kuih-muih atau buah-buahan, mereka akan ketepikan sebahagian kecil untuk saya dan meletakkan elok-elok di atas meja study saya. Mereka tidak kira saya hendak atau tidak, janji mereka letak. Saya pulak tidak sampai hati hendak buang rezeki pemberian orang, saya pun ngap sajalah, bukan susah sangat. Berkat oii, pemberian orang alim.
Girl yang specky menghuni katil upper double decker itu, tidak pernah sekalipun tidur di atas katilnya. Tiap-tiap malam dia akan bentang tikar dan tidur di atas lantai di antara kedua-dua katil.
Saya tanya dia, “Lana tak larat nak panjat atas double decker tu ke? At least ambillah tilam tu bawak turun.”
“Tak Kak, saya bukan tak larat nak panjat ke atas. Saya sengaja nak tidor bawah ni.” jawab Lana.
“Kang sakit badan nanti. Its bad for your health, Lana.”
“Takpa Kak, saya sedang membiasakan diri dengan liang lahad.”
“Hmmm, okay.” (What else was there to say?)
Girl yang specky ini nampak lebih dominan daripada the sweet Zizi. She was always in black, always reciting all those religious surahs and zikrullah. Zizi was more lively, she was either in the shades of grey, light blue, cream or brown. At least Zizi had some color sense and she smiled more. I think she was dominated by the Specky Girl and was scared of her. When the other was not around, she secretly sang softly her favourite song. Once I saw her reading a song lyric, so I told her, “Zizi kalau nak pinjam Akak punya radio cassette player tu ambillah ya. Tak salah sesekali nak dengar lagu.” (Now who was influencing who? Kwang kwang kwang..) She took the offer. Bila dengar Lana balik aje, kelam kabut dia pulang radio cassette player itu. Beberapa hari kemudian, dengar cerita Zizi kena marah teruk dengan Lana pasal dengar lagu cinta.
Pernah sekali mereka pulak kena marah teruk dengan saya. Mana tak saya mengamuk, saya punya kursus ni dahlah banyak buat tugasan, projek dan lukisan, jadi selalu sahaja tidak cukup tidur. Ada sekali saya terbangun dari tidur kerana tiba-tiba lubang hidung ni terbau ikan masin membacin sekali menusuk ke jiwa. Sekali bukak mata, bilik dipenuhi asap, ada sekumpulan Arqam girls sedang berusrah di bilik saya sambil masak-memasak siap dengan kuali dan electric stove. Boleh gitu? Saya pandang keliling dan lihat jubah-jubah bergantungan di sekeliling bilik saya. Mau dekat sepuluh orang ada. Saya pun teriak, “Get out now!! Are you out of your mind??” Berterabur depa lari keluar dah macam The Flying Nuns lari kena hambat pulak. Urgh. Kesian. Tapi lepas tu mereka macam biasa aje datang bertegur sapa dan mintak maaf, kes tak makan saman betullah..dan saya pun bahagia aje lepas tu pasal mereka tak berani masak-memasak di dalam bilik saya lagi.
Ada sekali saya demam teruk, tidor sahaja dan tak larat bangun selama beberapa hari. Room-mates saya tu sibuk buatkan saya air teh-o suam, sediakan biskut, papaya, belikan nasi bungkus, kuih dan macam-macam lagi. Cukup time mereka kejut saya suruh makan dan minum, biar sihat katanya. Kemudian bila tiba hujung minggu, seperti biasa mereka akan berusrah di luar kampus dan tidak pulang ke bilik selama dua tiga hari. Pada masa saya sakit itu, mereka kejutkan saya untuk memberitahu pemergian mereka, dan tunjukkan makan minum yang sudah mereka sediakan untuk saya di atas meja. Saya mengangguk dan suruh mereka pergi sahajalah, tak perlu risau. Saya sambung tidur dan cuma bangun untuk solat, ke tandas dan makan minum sedikit. Kemudian, semasa saya sakit itu, pada suatu tengah malam menjelang subuh, saya buka mata dan dalam kesamaran itu terlihat kedua-dua room-mates saya sedang berdiri memerhatikan saya. Saya memerah minda untuk cuba berfikir mengapa mereka ada di bilik pula, bukankah mereka sudah pergi usrah di luar, yang selalunya jauh dari kampus. Saya tertidur semula, dan bangun keesokan harinya dalam keadaan yang sihat sejahtera. Lana dan Zizi tiada. Mereka cuma pulang keesokan harinya, dan apabila saya tanya sama ada mereka ada pulang ke bilik sebelum itu, mereka kata tiada.
Bercerita tentang pengajian pula, semasa di tahun dua ini kalau tak silap, kami ada projek yang sungguh menarik sekali di mata saya iaitu Projek Rumah Kolonial. Di dalam projek ini kami dikehendaki membuat penyelidikan ke atas rumah-rumah peninggalan zaman kolonial yang banyak terdapat di Pulau Pinang. Rumah-rumah ini adalah rumah-rumah yang mempunyai pengaruh British di dalam reka bentuk dan dekorasinya. Kami kemudian dikehendaki mengambil gambar dan melukis kembali rumah-rumah tersebut. Teruk kami berpanas terik menyusur jalan dan lorong di sekitar Pulau Pinang untuk mengambil gambar sambil mengkaji rumah-rumah tersebut. Rumah-rumah kolonial ini penuh dengan unsur-unsur dekorasi di tiang, frame tingkap, facade dan pintu-pintunya. Selalunya dalam bentuk rumah agam atau mansion dan juga rumah kedai. Ada yang sudah menjalani proses pemuliharaan dan ada juga yang terbiar usang.
/\ Contoh rumah kolonial di Pulau Pinang. Imej daripada Google.
Setelah selesai proses pengkajian dan fotografi, kami pun memulakan proses melukis kembali yang perlu dilakukan secara bersendirian, termasuk laporan lengkap tugasan tersebut. Saya dan Haniz memutuskan untuk stay-up (berjaga malam) bersama-sama di bilik bacaan blok Desasiswa Cahaya tempat tinggal kami untuk menyiapkan projek Rumah Kolonial ini tepat pada masanya. Seperti biasa, projek-projek kami sentiasa sahaja memerlukan penumpuan rapi dan kajian teliti dan ini amat kritikal. Kami sentiasa tidak cukup masa. Setakat tidak tidur langsung selama dua hari dua malam terus-menerus itu perkara biasa. Pada salah satu malam, saya dan Haniz di bilik bacaan itu, keadaan sungguh sunyi sepi kerana hari sudah larut malam atau lebih tepat lagi sudah masuk ke awal pagi. Saya sedang sibuk melukis dan mewarna rumah-rumah kolonial saya, sementara Haniz sedang menaip laporan di typewriter jenama Brothernya berwarna merah. Tik-tok tik-tok bunyi jam di dinding, tip-tap tip-tap bunyi ketukan di mesin taip Haniz. Saya begitu asyik mewarna dengan penuh tumpuan ke atas kertas lukisan saya, tiba-tiba rasa ingin bertanya sesuatu kepada Haniz, lantas mengangkat muka saya untuk bercakap dengannya. Oh sungguh terkejut saya. Muka Haniz sedang tersembam di atas typewriternya dan dia kaku tidak bergerak di situ. “Haniz! Haniz!” Dia diam membisu. Mukanya tidak kelihatan kerana tertungkup di atas typewriter merahnya ditutupi rambutnya yang terhurai itu. Saya gerak-gerakkan tubuhnya. “Haniz! Haniz! Kenapa ni?” Tiba-tiba dia bergerak mengangkat mukanya dari typewriter itu dengan mata separuh kejam, di dahinya lekuk-lekuk berbekas tertekan mata-mata taip. Saya gelak terbahak-bahak. Rupa-rupanya dia tertidur semasa sedang menaip dan tersembam di atas typewriter itu dan lenyak dibuai alunan mimpi selama beberapa minit tanpa saya sedari. Begitulah penangan projek rumah kolonial itu. Akhirnya kami berjaya menyiapkan dalam jangka waktu sasaran dan dapat memuaskan setidak-tidaknya hati kami sendiri.
Semasa sesi krit untuk projek ini, kami dikehendaki menampalkan set lukisan rumah kolonial kami di dinding-dinding pusat pengajian. Sesi krit berjalan lancar bagi saya. Studio master arkitek Encik Wan Burhanuddin (kini arwah, Al-Fatihah dan doa untuknya) dan beberapa pensyarah lain agak puas hati dan gembira dengan hasil kerja saya. Saya menggunakan teknik pensil warna biasa dengan shading dan penggunaan warna menarik. Malahan ada pujian yang menyebabkan sesetengah orang merah mata. Oii giler tu, tapi Alhamdulillah berbaloi rasa penat lelah. Malangnya ini Malaysia dan bukan luar negara. Ini negara yang segolongan rakyatnya lahir dengan pingat PHD (penyakit hasad dengki). Pujian itu juga yang memakan diri dan membuat saya merana luka hati kerana ada yang berhasad dengki hingga sanggup mencuri. Beberapa hari selepas itu, ada pensyarah ingin mempamerkan lukisan saya di sebuah pameran peringkat universiti, tetapi lukisan-lukisan itu sudah tiada lagi di situ. Hanya dinding kosong yang tinggal berbekas double-sided tapes kesan lukisan-lukisan itu telah dikopek dengan rakusnya dari dinding itu. Hampir dua belas keping lukisan rumah kolonial saya hilang. Begitu sahaja. Begitu kejamnya manusia. Entah siapa, yang pasti orangnya tentu dalam kelompok itu juga. Terkilannya saya, buat beberapa hari saya makan dan minum bagaikan menelan duri dan bara api. Sampai sekarang dan sampai bila-bilapun, saya tidak akan ampunkan pencuri itu, kecuali jika dia buat pengakuan dan memulangkan semula lukisan hasil karya dan penat lelah saya. Jika tidak, saya akan tuntut di akhirat nanti, kita bertemu di hari penentuan. Hanya orang yang pernah ditikam dari belakang, yang terluka akibat gunting dalam lipatan, dan diselubungi musuh dalam selimut sahaja, yang akan faham perasan saya.
Semasa di tahun dua ini juga, kami dikehendaki menjalani latihan amali, kebanyakan daripada kami dihantar ke JKR. Saya sudah tentunya ke JKR Johor Bahru, Bahagian Arkitek, di Bukit Timbalan. Sama bangunan saya dengan Abah yang pada masa itu masih di Perbendaharaan Johor. Bangunan Bukit Timbalan yang sungguh antik itu saya selusuri setiap hari selama beberapa bulan demi menuntut ilmu, dan mempratikkan segala teori. Sepanjang menjalani latihan amali di situ, paling menarik apabila dapat turut sama mengendalikan proses renovasi Istana Johor. Setiap bilek Putera dan Puteri, serta kamar Sultan dan Sultanah dapat saya lihat. Malahan dalam bumbung Istana itupun sudah saya panjat dan tinjau dengan berbaju kurung. Bermacam syarat terpaksa saya akur untuk turut serta. Tutur kata, budi pekerti, protokol dan etika semua harus dijaga rapi dan dilakukan dengan penuh berhati-hati. Ada juga sesi melawat ke tapak pembinaan lain bersama juruteknik yang sungguh menghiburkan dan menyeronokkan. Asal dapat keluar sahaja seronok bukan main, asal duduk dalam pejabat saja mengantuk habis. Kalau dah bosan sangat di pejabat, saya akan ke perpustakaan untuk membaca dan melihat-lihat buku-buku di sana. Bangunan Bukit Timbalan pusat jabatan-jabatan kerajaan di Johor Bahru ini kini sudah tidak digunakan lagi. Pusat Pentadbiran Negeri Johor Darul Takzim kini adalah di Nusajaya.
/\ Bangunan Bukit Timbalan, Johor Bahru.
Siri kisah di USM. Sila klik pada pautan di bawah untuk mengimbau kembali :
Tahun 1 - Perjalanan Menggenggam Harapan