Pages

Thursday, September 26, 2013

Sebuah Cerita Hamster

Jumaat ini genap sebulan Gordon pergi meninggalkan saya. Setelah sebulan pemergian Gordon ini baru saya ada kekuatan untuk menulis tentangnya. Si comel ini datang dalam hidup saya secara tiba-tiba, tanpa diundang dan tanpa dirancang.


/\ gambar terakhir Gordon Rain

Pada pertengahan bulan Mei iaitu kira-kira empat setengah bulan yang lalu, adik saya terjumpa satu cage sederhana besar dengan sekumpulan hamster di dalamnya. Ada sepasang ibu dan bapa hamster serta 5 ekor baby hamster sebesar ibu jari tangan tiap satunya. Mereka ditinggalkan begitu saja di tempat pembuangan sampah kondo ibu saya. Adik saya telah mengambil cage tersebut dan meletakkannya di ruangan tangga kondo itu. Setiap hari dia beri makan hamster-hamster tersebut, menukar air dan memberi roti serta kuaci.

Malangnya, setiap hari ada sahaja anak-anak nakal yang mengganggu hamster-hamster tersebut. Mereka mencampakkan plastik-plastik sampah, twisties, keropok, dan segala macam junk foods kedalam cage, membuat bising sehingga hamster-hamster semuanya trauma dan ketakutan. Kami sekeluarga pun berasa pelik dengan perangai kanak-kanak zaman ini. Tidak cukupkah pendidikan yang diberikan oleh ibubapa di rumah? Adakah mereka rasa dengan menghantar anak-anak ke sekolah, tuisyen, belajar agama, membelikan iphone, ipad, laptop, playstation, computer games serta membawa berjalan dan bershopping di shopping complexes serta berlibur di luar negara sudah memadai? Bagaimana dengan penerapan nilai-nilai murni, kesedaran sosial, tingkah laku madani, pembentukan rasa empati dan simpati serta nilai kasih sayang sesama manusia dan rasa kasihan-mengasihani sesama makhluk bernyawa ciptaan yang Maha Esa?

-----------------------------------------------

madani – “Berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.” - DBP.

empati – “Alfred Adler mendefinisikan empati dengan kemampuan seseorang untuk “melihat dengan mata orang lain, mendengar dengan kuping orang lain, dan merasakan dengan hati orang lain”. Rasa kepedulian, kasih sayang, dan keinginan menolong sesama adalah bersumber dari adanya rasa empati pada diri seseorang. Seorang yang mempunyai rasa empati dapat merasakan penderitaan orang lain, binatang, atau makhluk hidup lainnya, sehingga timbul keinginan untuk dapat berbuat sesuatu untuk menolong atau meringankan penderitaan sesama makhluk hidup. Orang yang mempunyai rasa empati tinggi biasanya dermawan, disenangi dalam pergaulan, mudah menyesuaikan diri, dan percaya diri. Bahkan hasil penelitian Gallo (1989) menunjukkan adanya hubungan yang erat antara rasa empati dan kemampuan berpikir kritis dan kreatif, serta keberhasilan akademik.” - Blog Dokter Yasin, an-nahl-sanglebah.blogspot.com

-----------------------------------------------

Sebulan hamster-hamster tersebut dijaga secara part time oleh adik saya di ruang tangga kondo. Rumah kami semuanya sudah dipenuhi kucing-kucing peliharaan kami. Itulah, mangkuk hayun manalah agaknya yang berangan nak bela hamster, tapi lepas tu bila hamster tu dah beranak-pinak, dibuangnya terus, tak sanggup menghadapi risiko dan kenyataan susahnya menangani hamster-hamster tersebut. Ambik jalan mudah saja, buang kat tong sampah, ingat hamster ni semua barang permainan ke, suka.. ambik, tak suka..buang. Memelihara binatang ini memerlukan komitmen la oii, bukan untuk suka-suka hati buat macam toy for your own pleasure! Sadist punya orang. Urgh.

Pada suatu hari sebulan selepas hamster-hamster tersebut diselamatkan ke ruang tangga kondo oleh adik saya, saya ternampak ada beberapa orang dari jabatan maintenance kondo tersebut sedang melihat-lihat dan berbincang berdekatan cage hamster di ruang tangga. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan keluar membawa ibu saya berjalan-jalan dan membeli-belah. Sepanjang perjalanan hati saya tidak tenteram, dan teringat sahaja kepada keluarga hamster tersebut. Kami memendekkan perjalanan kami, pulang ke rumah ibu saya, terus sahaja ke ruang tangga. Dalam kesejukan hujan petus petang itu, saya ambil keluarga hamster itu menjadi anak angkat keluarga saya. Kasihan, seekor anak mereka telahpun mati. Jadi tinggal ibu dan bapa hamster, serta empat anak mereka, tiga betina satu jantan, jumlah enam ekor kesemuanya. Dua hari kemudian saya menamakan mereka Gordan Rain (papa), Buffy Muffy (mama), Johnny Ray (anak jantan), Honey Melly, Pinky Rooney dan Ginger Sky (anak-anak betina).


/\ ni masa mereka baru diselamatkan, ramai-ramai dalam satu cage


/\ cage ni baru beli, letak ramai-ramai dulu sebelum diasingkan seekor-seekor


/\ setelah masing-masing dapat rumah sendiri, seekor dalam setiap cage

Saya beli 5 lagi cage menjadikan jumlah enam kesemuanya, dan menempatkan seekor hamster dalam setiap cage. Melalui kajian yang saya buat, hamster (terutamanya syrian hamster yang macam teddy bear dan yang golden) is a solitary animal.

--------------------------------------------------------

• “Syrian hamster; these are by nature solitary creatures as nature intended them to be.

• Syrian hamsters are fiercely territorial and will defend his territory against intruders of his own and other species. It is an innate behavior and still persists in captivity. Although the Syrian hamster has been domesticated over the years this does not mean we can change their instinctive behaviour. Domesticating an animal cannot change their instinctive or natural behavior.

• Syrian hamsters are different, being of a solitary nature they prefer to live alone. They come together only to mate, and only then when the female is in heat. The female raises the young on her own and the male has no further contact with the female or the young pups once his part in the mating is complete.

• Syrian hamsters are not social animals and must not be kept with others of their species or other species after reaching adulthood. At around 6-8 weeks of age the Syrian hamster must be housed alone and kept that way for the rest of their natural lives.

• A female Syrian hamster that was once so protective of her young should be separated from the young pups no later than 5 weeks after the birth as after this time she may become very anti-social with them.

• An adult Syrian hamster, male or female, that ventures into the territory of another adult will almost certainly be met with an aggressive confrontation.” - hammysworld.com

---------------------------------------------------------

Sukanya mereka bila dapat rumah sendiri. Ada roda untuk mereka mengayuh, ada rumah tempat tidor, ada gelongsor untuk mereka turun naik. Macam-macam lagi permainan dan tempat persembunyian tambahan saya belikan dari semasa ke semasa. Di bahagian lantai cage kenalah letak litter iaitu racikan kayu halus yang memang ada dijual khas di petshop. Makanan pula kena beli makanan yang disediakan khas untuk hamster, ditambah makanan segar seperti karot, brokoli dan epal, dalam jumlah yang tidak terlalu banyak. Air masak atau air mineral hendaklah sentiasa ada dan bersih, di dalam botol khas yang dipasang di tepi cage. Mereka juga makan wholemeal bread dalam kuantiti yang sedikit dan kecil-kecil, serta kuaci bunga tanpa perisa. Sekurang-kurangnya seminggu sekali, cage perlu dibersihkan dan ditukar litternya.

Sejak pertengahan Jun hingga hujung bulan Ogos, iaitu selama lebih kurang dua bulan setengah saya memerhatikan gelagat dan behaviour mereka. Mereka sungguh manja. Apabila saya datang mendekati sahaja cage mereka, mereka akan keluar dari tempat persembunyian masing-masing dan datang dekat dengan saya. Buffy sering mengangguk-anggukkan kepalanya, Gordon suka mengenyitkan mata dan memanjat-manjat sambil menonjol-nonjolkan hidungnya di celah-celah cage, Honey agak slow sikit pergerakannya kerana dia selalu semput dan terbatuk-batuk, Pinky suka memanjat gaya Spiderman, Ginger paling atletik persis gadis gimrama dan Johnny suka menggigit kertas dan kadbod. Saya pastikan hanya kertas yang putih bersih dan kadbod tanpa dakwat mudah luntur sahaja yang mengelilingi mereka. Mereka juga suka bermain dengan kertas tisu, bermacam bentuk boleh mereka hasilkan daripada kertas tisu. Haiwan ini sungguh kreatif dan intelligent. Mereka boleh menghasilkan rumah seperti igloo daripada tisu, kelopak ibarat awan tempat persembunyian, dan juga melapiskan dome serta tempat tidor mereka dengan tisu-tisu tersebut.


/\ gambar Gordon diambil pada pertengahan bulan Ogos

Pada suatu hari di minggu terakhir bulan Ogos, saya lihat Gordon seperti kurang pergerakan berbanding hari-hari biasa di mana dialah yang paling aktif. Dia juga tidak berselera makan, dan kemudiannya sering memalingkan mukanya menghadap ke belakang, tidak mahu bersemuka dengan kita semua. Dia terponggok diam menundukkan kepalanya ke bawah. Saya jadi risau, saya juga ternampak matanya semakin tertutup rapat dan melekat bagaikan digam selaput taik mata. Saya ke petshop dan membeli ubat untuk diletakkan di dalam minumannya, dan ubat untuk membersihkan matanya. Semasa saya cuba untuk membersihkan matanya, Gordon sudahpun semakin lemah dan sebelah matanya telah tersembul keluar. Saya lap dan bersihkan matanya dengan saline yang telah disteril dan sapukan sedikit titisan ubat mata. Saya bersihkan cagenya agar dia selesa di saat-saat terakhirnya. Sekurang-kurangnya kalau dia pergi pun dia dalam keadaan yang bersih, sedikit selesa dan mungkin kurang kesakitannya. Saya hanya mampu berdoa dan mengharap. Sekejap-sekejap saya jenguk Gordon saya, dia kelihatan lemah dan duduk tertunduk menjauhkan dirinya ke belakang cage. Kemudian apabila saya datang menjenguknya sekali lagi, Gordon Rain yang saya sayangi telahpun berada di atas mangkuk makanannya di bahagian hadapan cage, berbaring mengiring dengan mukanya menghala ke arah saya. Saya lihat nafasnya bergerak kencang dan tiba-tiba perlahan langsung terhenti. Saya tenung Gordon saya, dan cuba menggerak-gerakkannya, tetapi Gordon terus kaku.

Gordon Rain yang datang ke dalam pelukan saya di suatu petang hujan gerimis, pergi meninggalkan saya dalam kesyahduan hujan juga, pada jam sebelas malam hari Jumaat 30 Ogos itu. Ambang Merdeka saya tidak semeriah yang dijangka. Di saat bunga api marak di persada langit Kuala Lumpur, saya menangisi pemergian Gordon Rain. Kami bungkus dia dengan tuala putih dan masukkan ke dalam kotak hadiah berwarna merah dengan corak love yang cantik itu, serta semadikan dia di garden tingkat bawah kondo ibu saya. Setiap hari kami keluar masuk ke kondo ibu, kami akan melalui taman tempat Gordon bersemadi.

Saya reda dan bersyukur kepada Allah kerana memberi saya peluang memelihara dan mencurahkan kasih sayang saya kepada Gordon. Dua bulan setengah itu sungguh indah dan ceria dengan kehadirannya. Saya menaip ini dengan linangan dan cucuran airmata, tidak sangka haiwan sekecil itu boleh membawa sebesar cinta dan kasih buat kami sekeluarga. Saya masih terbayang-bayang dua tiga hari sebelum Gordon Rain jatuh sakit, dia merenung mata saya dengan agak lama, seperti kelihatan ada senyuman di wajahnya, sehinggakan saya cakap kepadanya, “Kenapa Gordon tenung Mummy lama-lama ni? I love you Gordon, forever and ever tau!”

Kehilangannya membawa kepiluan, dan kerinduan terhadapnya kini sungguh mendalam.

Gordon Rain dalam kenangan.

Buffy - Gordon`s Girl