Thursday, May 6, 2010
Saya Sayang Mak Saya!
Saya sayang mak saya sebab...
1. dia mak saya, dia sentiasa mendoakan saya dan doanya mujarab
2. saya lahir ke dunia ini kerana dia
3. saya telah duduk di dalam perutnya selama sembilan bulan
4. dia bersabung nyawa melahirkan saya
5. dia buat segala-galanya untuk saya
6. makanan best sentiasa!
- semasa saya kecil mak sentiasa memasakkan makanan yang sedap-sedap dan berkualiti untuk saya
- mak memastikan hanya isi ikan yang berwarna putih dan daging ayam bahagian isi sahaja untuk saya
- mak selalu menggaulkan nasi lembut dengan kicap dan butter serta isi ikan goreng, mengepal-ngepalkannya dan menyuapkan saya dan adik saya, sambil kami bersenang-lenang bermain kejar-kejar atau mengayuh basikal
- kentang dadu goreng dengan telur yang mak buat adalah yang paling sedap di dunia
- mak sentiasa menyediakan telur separuh masak dengan kicap dan lada sulah yang paling syiok di dunia, setiap pagi setiap tahun mulai saya darjah satu hingga tingkatan lima, tak pernah miss
- mak sentiasa siapkan air milo, air teh dan air kopi serta air masak berteko-teko, berjag-jag dan bertermos-termos untuk kami sekeluarga, rumah kami tak pernah putus dengan air minuman
- mak akan bangun dari tidur walaupun pukul tiga pagi, jika salah seorang dari kami menyebut saja perkataan lapar, dalam masa lima minit saja mak boleh siapkan nasi goreng telur dengan bawang putih yang wow!
- masakan tersohor mak yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh orang lain mengikut citarasa kami adalah laksa johor, sambal tumis, gulai ikan pari, ayam goreng kicap dan hati lembu masak kicap
- mak kalau goreng telur mata lembu, telur dadar (omelette) dan telur hancur (scramble egg) pun sedap, dah tu kejap gila dah siap..
- mak punya roti celup telur (french toast) top of the pop!
7. mak punya fashion sense memang tip-top!
- masa saya kecil mak akan beli kain dan design sendiri fesyen baju lalu hantar tailor. Mak siap lukis fesyen baju yang dia nak tu atas kertas dan tunjuk kat tailor. Selalunya fesyen-fesyen terkini, sebab dia rajin beli majalah, buat scrap-book dan kemudian improvised design-design yang ada tu..
- sampai sekarang pun kalau no idea, bawak saja mak pegi shopping dan suruh dia pilihkan color or fashion, selalu saja dapat pujian kalau pakai baju-baju yang mak pilihkan..
- dulu-dulu masa baru-baru kerja, kalau nak ambil mak punya baju ke mekap ke, ambik je, pakai. Tak payah mintak, tak pulang pun takpa, mak kata dia lagi suka tengok orang suka pakai baju dia..baiknya mak..saayaang mak!
8. mak sebagai best friend!
- mak akan sentiasa sedia mendengar apa yang kami nak cakap. Walaupun kalau dia dah mengantuk, dan kami cakap, “mak..dengarlah ni..”, mak akan cuba besarkan mata dia dan kata, “ya, ya, apa dia..ceritalah..”
- cakaplah apa saja dengan mak, sama ada nak berangan gila-gila atau tak berapa confident nak buat sesuatu..cakap aje dengan mak, “mak..boleh tak mak? mak ingat boleh ke? takpe ke?” Mak akan jawab, “boleh aja..asal ada usaha, apasal pulak tak boleh!”
- kalau geram dengan orang lain, ngadu ngan mak. Kalau rasa ada orang dengki, cuba aniaya, atau mengata..ngadu kat mak. Nanti mak cakap, “biasalah..orang hebat, mesti ada orang dengki. So sabar aje. Tuhan bagi dugaan pun dia timbang-timbang kekuatan kita, kalau kita kena dugaan kuat tu, maknanya kita insan terpilih, yang lebih kuat dari orang lain..” hmm..
9. mak baik hati!
- mak akan sentiasa menolong, bukan saja kami, tapi juga orang lain yang dalam kesusahan. Mak pernah tolong gadis yang termengandung, beri tumpang kepada remaja yang terbiar, beri tumpang anak yatim-piatu, kucing yang cedera, walaupun pada saat-saat kami sendiri dalam kesusahan
- mak pernah kena hina, kena kata, umpat keji dengan saudara sendiri, ipar-duai sendiri kerana buruk sangka dan busuk hati mereka, tapi mak tetap sabar, mak kata “biarlah..tuhan tahu siapa kita..”
- mak sanggup buat dan redah apa saja untuk kami. fuhh..takkan ada orang lain yang akan buat begitu untuk kami di dunia ini. Sebab itu, saya akan teruskan tradisi itu. Saya akan lakukan apa saja untuk adik saya dan keluarga saya. Apa saja..
10. mak sentiasa ambil berat!
- sampai sekarang pun mak akan sentiasa ambil tahu di mana kami berada, setiap malam sebelum dia tidur. Dan kami pun akan pastikan mak mesti tahu kami di mana. Kalau kami bagitau mak..jangan bagitau orang kami di mana..mak akan simpan rahsia tersebut. Dijamin!
Sayangnya saya pada mak, setiap penghujung solat pasti ada doa untuk mak, dan saya akan pastikan selagi mak hidup, kami tidak akan tinggal berjauhan, saya akan bawa mak ke mana saja saya tinggal. My mum and my brother are coming with me, anywhere my family and I live.
HAPPY MOTHER'S DAY TO EVERYBODY..
appreciate your mum while she is still around..
Subscribe to:
Posts (Atom)