Lega sekali rasanya apabila saya dapat gugurkan subjek kimia semasa di Matrik II. Jadi, tumpuan hanya pada subjek Biologi, Fizik, Matematik dan subjek kegemaran iaitu English! Masih kuingat kelas Bahasa Inggeris bersama TZ dan Fahmy. Siti D pun ada. TZ memang saya tidak boleh lupa, sebab selalu sahaja kena berpasangan dengan dia, buat dialog. Tapi akhir sekali, saya soal, saya jawab. Hendak marah pun tidak sanggup sebab dia memang baik dan tersengih sahaja, selamba dengan twang pantai timur dia. “Aku dok gheti!” Fahmy pula memang saya ingat sangat sebab dia kategori tall, dark and handsome, ala-ala macam hero kisah cinta dalam buku-buku Mills and Boon, cuma Fahmy ini, pada masa itu dia agak melengkung sedikit, sebab kurus dan mungkin dia conscious dengan ketinggian melampainya, lantas cenderung untuk membongkok, agaknya. Tapi muka dia memang rangking Amitabh Bachan dan Shahrukh Khan, tidak dapat dinafikan. Siti D pula memang saya ingat sangat sebab dia di antara yang paling cute and sweet sekali, siap dengan tahi lalat lagi.
Cikgu yang ajar English ini orangnya lelaki dan agak berumur sedikit, jalan pun slow sahaja, kira veteranlah. Tapi cara pengajaran dia memang menarik, selalu kena dengar lagu, kemudian kita akan interpret iaitu tafsirkan maksud baris-baris di dalam lirik lagu tersebut. Sambil itu kita belajar tentang bagaimana untuk menyampaikan sesuatu maksud dengan cara yang indah tetapi berkesan, iaitu sampai kepada sasaran. Kita juga belajar tentang penggunaan grammar yang betul, kerana belajar dengan melihat contoh penggunaan yang menarik adalah lebih berkesan. Cara ini juga yang diguna-pakai oleh cikgu-cikgu English saya semasa di sekolah rendah dan menengah semasa di Johor Bahru. Mereka banyak mengajar menggunakan penafsiran lagu-lagu dan skrip drama serta melaksanakan aktiviti lakunan teater dan koir. Saya memang sungguh bertuah. Terima kasih Cikgu!
Subjek paling membosankan saya semasa di Matrik II adalah Fizik dengan pensyarah yang slang giler, dan Matematik dengan pensyarah yang baik dan terlalu lembut bila berbicara, waduh Pak bisa lena saya. Kalau subjek Biologi, saya excited sedikit, tambah lagi bila dapat lecturer yang baru balik dari US, entah apa nama dia, sudah saya lupa. Tetapi, memang gempaklah lecturer ini, sudahlah lawa, dengan rambut dia yang stailo, kadang-kadang siap pakai overalls dan boots lagi. Ajar pun best, sungguh aktif, siap bergerak dengan mikrofon dari bawah sampai ke atas lecture theatre, tidak sempat hendak mengantuk pun. Saya kalau lecturer macam ini, saya absorbed apa yang dia cakap masa itu jugak, terus masuk ke otak. Orang lain saya tidak tahu, okay. Kadang-kadang lecturer Biologi ini, dia selang-seli dengan kawan dia seorang lagi, baru balik US jugak. Yang ini pulak versi muka cute-mute, badan seksi, sedikit plump. Comel-lotey la kiranya. Wow.
Begitulah sedikit sebanyak kisah pengalaman menjadi pelajar Matrikulasi II USM di Kampus Minden Pulau Pinang. Selebihnya, kehidupan pada masa itu sebilangan besarnya terisi dengan kuliah, tutorial, ujian, peperiksaan, balik kampung semasa cuti, pergi ke kantin dan sesekali outing ke Georgetown. Hanya radio cassette playerlah yang jadi peneman setia di kala sunyi dan semasa study. Sesekali lembaran surat dan kad ucapan dari sahabat dan keluarga nun jauh di mata menjadi pengubat duka.
Saya lulus sekadar cukup makan kecuali mendapat A bagi Bahasa Inggeris dan membebaskan saya daripada perlu mengambil subjek English lagi di sepanjang pengajian ijazah. Keputusan keseluruhan saya sederhana tetapi cukup untuk memastikan kemaraan saya ke tahun 1, tanpa ulangan atau sekatan.