Apa yang saya ingat, mula-mula sebelum mendaftar di USM Minden, kami makan nasi kandar dahulu di sebuah kedai mamak di tengah-tengah bandar Georgetown. Abah la yang mengidam sangat. "Ambik, ambik aje apa nak makan." Kami pun tunjuk saja dengan jari mana lauk yang berkenan di hati. Aduh sampai tak nampak nasi, tinggi menggunung. Apa tak, ambil nasi campur, tapi lauknya ketam, udang, ayam, daging dan macam-macam lagi. Siram dengan kuah kicap dan kuah kari. Wah! Rugi datang Penang kalau tak makan nasi kandar depa. Tu dia! Sekali mamak kira, ambik kau, sepuluh hinggit seorang, masa tu kira mahal sungguih la tu. Tapi enjoy betul makan setelah penat mengharungi perjalanan yang jauh. Dari JB nun di selatan, ke Pulau Pinang di utara sana. Urgh.
Aturcara seterusnya, of course, kenalah mendaftar di USM. Ish berdebar-debar rasa hati. Kali ini dah pandai dan sedar diri sikit, takda la nak pakai jeans slim-fit corduroy dan t-shirt baseball macam masa mendaftar di STAR dulu. Mak aii. Tobat tobat. Kali ni I pakai kurung Malaysia berwarna purple you, tetap nak berpesen, siap ada cutting dan berlubang kat tengkok lagi, kain pun ada pleated kat belakang, abih nak wat camno, like mother like daughter, kaki melaram.
Saya ditempatkan di Desasiswa Bakti, kemudiannya saya sedar bahawa blok itu betul-betul di sebelah Hilton. Wow saya puas hati sungguh pada masa itu, kerana apa yang saya takuti TIDAK menjadi kenyataan. Saya paling takut ditempatkan di desasiswa yang berumah papan. Bukan menghina atau poyo, tapi saya dok imagine, nanti binatang-binatang yang merayap senang memasuki, termasuk orang jahat boleh kopek papan kat dinding dan masuk ke dalam bilik saya. Well, saya ni memang suka berimaginasi. Dapatlah bilik yang kelihatan brandnew, spanking clean and bright, dua orang sebilik je. Nampak rakan sebilik macam sudah check-in, tapi dianya entah ke mana. Sayapun tak sabar-sabar suruh Abah dan Mak balik (huhuhu), mahu berdikari dan punyai dunia sendiri. Mereka balik ke hotel dan keesokannya terus bertolak ke Johor Bahru.
Saya berkenalan dengan room-mate, Siah (Rosiah), pekat sungguh loghat dia. Dia banyak geng, kalau tak silap dari Matrik I Sains Perlis. Di blok Desa Bakti itu, yang saya perasan, ada dua wing khas untuk budak-budak Matrik 2, kami tak dicampurkan sebilik dengan seniors, nasib baik. Bilik saya nombor dua dari tepi. Alamak seramnya, rasa macam senang je kalau orang nak menyelinap masuk. Maklumlah masa di STAR kami dijaga rapi. Bilik sebelah kiri, ada Azah (budak Matrik STAR) dan Habsah (seorang debater, Matrik STAR jugak), sebelah kanan ada Sofi (budak Matrik STAR kot) dan Rahimah aka Along (Matrik Sains Kedah), sederet tu jugak ada Normah dan Norlida mek-mek pantai timur. Bertentangan bilik, hujung sekali ada Siah (sekarang Doc Fahmi punya), ada Wan (Bahiah). Di wing sebelah sana ada Nab cute (Doc Nab), Asmah (binti Omar kot), dan Halimahton Mahsuri! Ramai lagi la, mana nak ingat beb. Ini pun sudah kira bagus kan.
Kantin Bakti yang tersohor tu pun dekat je. Favourite saya adalah nasi campur gerai depan, tepi sekali sebelah kanan, sebab ada lauk best potato chips berlada. Sedapnya. Woohoo, tiap-tiap hari mesti ambik yang itu, beserta lauk-lauk lain dan nasi setengah (sejak dari dulu memang jaga makan, bukan diet, tapi tak mau berlebihan). Saya sentiasa beli bungkus, awal daripada orang lain. Makan pun di bilik, siap dengan placemat, pinggan sendiri dan fork and spoon. Tak main makan atas kertas bungkusan mahupun bekas styrofoam, pantang besar, sampai sekarang. Kalau orang tengok masa tu, sure kata saya ni poyo. Tapi Siah room-mate pun lama-lama dah faham, kot. Tentu dia meluat dan menyampah, itu hampir pastilah. Dah perangaiku semula jadi sistematik, nak buat macam mana lagi, hahaha..
Masa masuk Matrik 2 ni pun ada orientasi lagi tau, dan di penghujung orientasi tu, kami perlu buat persembahan mengikut Desasiswa. Kami di Desa Bakti buat persembahan nasyid, pertama kali saya pakai tudung mini telekung. Sakit dan gatal telinga terkepit. Berkat suara penyanyi utamanya Ihan (Norihan) yang sungguh lunak, dan para penyanyi iringan yang sungguh kiut-miut semuanya (antaranya saya, Maton, Siah Doc Fahmi, Doc Nab), para pengadil terpedaya dan terpengaruh lantas memberikan kami kemenangan. Sebenarnya, lagu itu sungguh sedap dan syahdu, sampai sekarang pun saya masih ingat senikata dan iramanya. Ianya sering saya humming tatkala bersendirian. Oh ya, pada masa itu, kami nyanyi secara a capella iaitu tanpa muzik okay, sampai tersenyap dewan buat seketika.
Di antara perkara yang menyeronokkan sepanjang tinggal di Desa Bakti semasa Matrik 2 itu adalah sesi chit-chat di bilik Sofi dan Along, yang sudah pastinya disertai oleh Wan B. Along dengan loghat Kedahnya, Wan B dengan loghat Penangnya dan Sofi dengan telor Peraknya, dan saya orang Johor jati. Hmmm bayangkan la. Tapi ketika itu, oleh kerana berada di Penang, saya melebihkan kepada cakap Penang. Kalau dengan Azah, belajar-belajar kecek Kelate jugak. Kami sering borak-borak dan gelak-gelak di bilik Along. Sofi yang sungguh studious dan genius itu akan terus duduk di mejanya, sambil buat latihan matematik atau fizik sambil goyang-goyang kaki dia (tu memang habit dia tu!). Makin syok cerita, makin laju Sofi goyang kaki. Walaupun dia ni studious orangnya, dia tetap nak join jugak kami borak-borak, dan buat bising, kira ngamlah kami empat orang ni. Along pun memang pandai sangat orangnya, dan rajin. Dia memang bercita-cita mahu buat medic di Belgium, kalau tak silaplah..ingat-ingat lupa pulak nama negara mana. Akhirnya berjaya jugak Along ke sana. Bukan calang-calang orang yang dapat ke luar negara buat Medic selepas Matrik 2. Wan B pulak manja orangnya, suka bercerita pasal BF dia, kalau tak silap sedang sambung pelajaran di oversea masa tu, ingat-ingat lupa lagi. Selalu dia dapat surat, kad, happy betui Wan B..sure dia cerita dengan kami punya.
Paling best, Wan B pernah bawak kami jalan-jalan ke Padang Kota, malam hari pulak tu. Ada banyak gambar yang saya simpan sebagai kenangan manis kami berempat. Kami juga pernah ke Bukit Bendera aka Penang Hill. Merasalah naik cable car dan jalan-jalan di puncak bukit, sejuk dan nyaman sekali. Sempat posing sana-sini dengan Along dan Sofi. Gambar-gambar itu semua masih rapi dalam simpanan saya, tapi tak dapatlah nak dipaparkan di sini. Jadi saya letak gambar saya saja la ya.
Semasa tinggal di Bakti inilah buat kali pertama saya lihat student yang guna Amex (American Express Card), student yang sentiasa pergi dan balik ke kampung halaman menaiki kapalterbang, seolah-olah macam naik bas ekspres, petik jari saja..up up and away! Student yang duit belanja sebulan seribu ringgit pun ada. Wow! How nice was that? They must be born with a silver spoon in their mouth. Anyway these people are still my friends, infact they were great friends, friendly, humble and down to earth.
Ada juga cerita duka, sebak tatkala mengingatkannya. Pernah sekali ada student yang sakit, terus dimasukkan ke hospital dan tidak dapat diselamatkan. Gadis manis itu meninggal kerana kanser dalam perut yang rupa-rupanya telah sampai ke tahap kritikal tanpa disedari. Jadi sesiapa yang sering rasa sakit perut, mahupun senggugut yang keterlaluan, janganlah diambil remeh ya. Pergilah segera bertemu doktor pakar dan dapatkan rawatan serta-merta. Saya tidak berkesempatan berkenalan lebih lanjut dengan gadis itu, sekadar tahu rupa dan nama sahaja.
Satu lagi cerita duka adalah tatkala ibubapa salah seorang daripada pelajar Matrik 2 di Bakti itu, meninggal dunia secara mengejut di dalam kemalangan jalan raya. Macam nak pengsan kami mendengarnya, lemah rasa lutut dan seluruh anggota. Pada masa itu, mana ada handphone, jadi perhubungan hanyalah melalu public phone yang diletakkan di hujung blok. Ibubapa dan keluarga selalunya akan mendail nombor telefon awam itu, dan siapa yang mendengarnya akan menjawab dan tolong memanggil siapa yang ingin dihubungi itu. Pada suatu hari, ada panggilan yang memaklumkan tentang pemergian ibu dan bapa seorang pelajar, dan meminta untuk disampaikan kepada empunya diri. Aduh bagaimana mau disampaikan dengan cara yang terbaik, mau melihat wajahnya pun sudah tidak sanggup. Kami sudah terasa apa yang bakal dia rasai nanti. Hmmm..seingat saya, akhirnya ada seorang gadis yang big, strong and friendly, yang jadi penyampai berita tersebut. Nasib baik gadis yang sangat cute, comel, bijak, pintar dan periang itu, sungguh tabah orangnya. She managed it so well. Dia kembali semula ke kampus setelah selesai segala urusan pengkebumian, dengan aksi periangnya seperti biasa, tetapi di wajahnya ada duka dan ayu matanya berkaca dengan genangan airmata. Dia jadi sedikit pendiam pada mulanya, kemudian kembali riang seperti sedia kala. Later, she got through university with flying colors and achieved her ambition and what she came for. She became stronger than ever.