Pages

Sunday, March 11, 2012

USM dalam Genggaman - Matrikulasi II

Kehidupan saya sebagai pelajar Matrik II USM di Kampus Minden Pulau Pinang, bolehlah dikategorikan sebagai nyaman dan lancar. Saya dapat menyesuaikan diri dengan campus life, saya tidak tertekan, saya tidak merasa inferior, saya independent, malahan berani bersendiri untuk ke mana-mana. Aduhai..ini dia yang saya idam-idamkan selama ini. Ini, kebebasan sebegini, yang bukan disalahgunakan dan disalahtafsirkan. BUKAN semua remaja inginkan kebebasan untuk berbuat perkara-perkara negatif. Mungkin sebilangannya, seperti saya, sekadar ingin kebebasan untuk mengurusi diri sendiri, untuk punyai ruang peribadi sendiri dan menangani situasi dengan cara tersendiri.




Saya ini seorang yang kuat berangan. Saya sering mengimpikan untuk menjadi salah satu daripada watak yang sering ditonjolkan di dalam buku-buku cerita Enid Blyton. Buku-buku beliau lazimnya memaparkan tentang kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kembara kehidupan sendiri dengan bantuan minimal dari orang dewasa. Antara siri kegemaran saya adalah The Famous Five, The Malory Towers dan The St Clare`s. Semasa zaman saya bersekolah rendah lagi, Abah selalu belikan saya buku-buku cerita Enid Blyton tersebut, siri penyiasatan dan juga siri kolej pengajian. Ada kalanya saya beli sendiri dengan duit collection hari raya. Pinjam di perpustakaan pun pernah. Paling saya minat adalah kisah-kisah tentang pelajar di sekolah berasrama penuh, kehidupan seharian mereka di sekolah, gurauan mereka, kenakalan mereka, kebijaksanaan mereka dan interaksi sosial pelbagai jenis karakter di sekolah atau kolej. Jadi memang menjadi cita-cita saya untuk hidup sendiri jauh dari keluarga, agar semuanya boleh saya handle sendiri. Okay, confirm saya bukan spoiled brat kan..


Semasa di Matrikulasi II ini saya mengambil kombinasi matapelajaran Biologi dan Fizik, ramai orang kata kombinasi yang agak pelik. Ya ker? Ketika itu, saya masih belum tahu mahu mengambil kursus apa di tahun satu nanti, tapi apa yang pasti, saya sudah tahu apa yang saya tidak mahu. Selain saya, rasanya ada dua orang saja pelajar matrik perempuan Desa Bakti yang mengambil kombinasi ini iaitu Halimahton dan Haslina. Merekalah teman saya untuk ke kuliah. Baik sungguh budak berdua ini. Lina agak serius orangnya, dia memang fokus seratus-peratus pada pelajaran, sesekali kalau diusik, merah padam muka dia, ala-ala Din rakan Matrik I saya dari STAR. Maton pula, suaranya sungguh halus, lunak dan merdu, tapi kalau gelak, bergoyang sebadan. Maton ini lurus orangnya, kalau kita tipu-tipu, gurau-guraupun, dia ingat kita cakap betul-betul. Tapi sekejap sahaja, bila dia sudah tahu kita bergurau, mulalah dia gelak, dan tambah lagi buat lawak, nanti sampai kita pulak gelak keluar air mata. Kalau pergi bilik Maton, kalau bukan sedang tidor, dia mesti ada dekat meja, buat tugasan atau latihan, tetapi di sebelahnya mesti ada makanan punya. Itu tak boleh miss! I luv you Maton.

Survival of the Fittest – Lesson # 1

Maton ni punyalah baik, dia pernah papah saya selama seminggu untuk pergi lecture. Pada masa itu, kaki saya terseliuh sebab jatuh tangga. Nak tahu tak macam mana boleh terseliuh? Saya merayau sorang-sorang, jalan-jalan ke koperasi, tengok-tengok barang. Tak dapat shopping, window shopping pun jadilah. Hobi ini memang sejak dari dulu, berterusan sehingga kini dan mungkin selamanya. Selepas meninjau-ninjau di segenap sudut koperasi, tengok pula t-shirt USM, beg USM dan fail USM. Macam jakun sikit, semua pun nak beli. Asal ada keluar barangan USM yang berkenan di hati je, mesti beli punya. Nanti tak cukup pakai masa kat USM, balik kampung pun boleh pakai lagi. Hmm..ini bukan berlagak ya, ini salah satu daripada ciri-ciri positif, ciri seorang yang cintakan organisasinya, seorang yang ada sense of belonging. Kununnya la.

pejabat pos USM

Selepas mendapat ketenangan dengan retail therapy di koop, saya pun mahu ke post office yang terletak di sebelah bawah kedai koop itu, tentu anda masih ingat, kan. Ada tangga batu untuk ke pejabat pos itu. Mangkuk manalah yang mendesign tangga tanpa ada pemegang di kiri-kanannya itu. Semasa sedang menuruni satu atau dua anak tangga yang di atas sekali, kaki saya terpelecok dan badan saya melayang-layang menjadi tidak seimbang seperti hendak tumbang. Tetapi, miraculously, seolah-olah otak saya bertindak lebih cepat daripada gerakan fizikal saya, saya seperti sempat berkata-kata di dalam minda, aku tak mau jatuh tergolek, aku tak mau jatuh tersembam, I must land on my feet, I must, I must! Jadi dalam split second itu, saya pun control kaki saya agar saya tidak jatuh tergolek-golek macam buah nangka masak. Apa yang berlaku, dari atas tangga hingga ke bawah, saya jatuh dengan kaki yang terbelit-belit dan landing dengan selamatnya tanpa badan atau punggung terhempas ke tanah. Tetapi kaki kiri saya, mak oii, punyalah sakit! Saya tahan sakit itu dan berjalan kaki terdengkut-dengkut ke klinik. Bayangkan siksanya. Dugaan pertama dalam kepayahan hidup di kampus bermula.

Semasa di klinik, kaki saya diperiksa sambil dipial-piulkan. Adoi-doi! Kaki disapu minyak dan dibalut. Saya diberi ubat makan dan sapu dan segulung bandage. Terdengkut-dengkut lagi berjalan penuh penderitaan menuju ke Desa Bakti. Takda seorang pun mahu tolong budak comot ini. Mereka yang bermotor pas-pus-pas-pus lalu-lalang, pandang pun tidak. Oh tidak mengapa, dalam hati memujuk-mujuk diri sendiri. Its okay, its okay. Take a deep breath and go through with it. Its just one leg, I still have another one, two hands and one cute little head.

Jasa Maton memapah saya ke kuliah semasa kaki saya terseliuh itu, memang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Persahabatan yang sungguh jujur dan ikhlas. Dia dan Haslina sentiasa memastikan kami bertiga hadir kuliah. Itupun ada jugak hamba Allah yang tergamak berkata, “Fara you kawan dengan Maton, ke sana sini pi lecture dengan Maton aje ni, I tau sebab apa, so that orang nampak you kecik sikit bila you jalan dengan Maton!” Aduh mak, pada mulanya tercengang-cengang jugak saya, sebab usahkan terfikir, terlintas di benak pun tak pernah. Panggg! Dua penghinaan sekaligus terpelanting ke muka ini. Mentang-mentanglah Maton tu gempal, dan saya pun boleh tahan gedempol jugak, sampai macam tu sekali kena sound. Tapi takpa lah, saya telan penghinaan itu dengan senyuman terukir di bibir. Kini, tigapuluh tahun telah berlalu, let our achievements and CVs do the talking, dan yang lain-lain, bak kata Nabil, “Lu pikirla sendiri!”

Bersambung..

~ Lagi di Matrik II - lecturer Biologi yang gerek, gempak dan cute giler!

~ The journey begins - Tahun 1, hampir-hampir berhenti belajar kerana tidak mampu bayar yuran semester, biasiswa belum ada. Bagaimana saya menanganinya?

Selingan..
sila klik pada link untuk membaca..
~ Tahun 1, dapat bilik berHANTU!
~ Tahun 2, jumpa hantu lagi!

-------------------------------------------
NOTA : definisi ringkas dan secara am, rujukan melalui Google Search.
spoiled brat => a child that exhibits behavioral problems from overindulgence by his or her parents.
a sense of belonging => the feeling of being connected and accepted within one`s family and community. It is important in healthy human development and combating behaviour problems and depression.
survival of the fittest => species that adapt the best to their environment survive, while ones that dont adapt are eliminated.

--------------------------------------------