Pages

Showing posts with label Saujana. Show all posts
Showing posts with label Saujana. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Rumah 'Abdul Rahman Andak'

Semasa saya dalam tingkatan lima, tahun peperiksaan, sekali lagi kami sekeluarga berpindah rumah. Abah telah mendapat kuarters kerajaan yang lebih bagus lagi keadaan dan lokasinya, iaitu di Jalan Abdul Rahman Andak, berdekatan sahaja dengan Jalan Temenggong Ahmad di mana terletaknya rumah Tok Mak dan Tok Bak saya sebelum ini. Walaubagaimanapun, pada ketika itu Tok Bak dan Tok Mak telahpun berpindah ke rumah milik sendiri di Larkin Jaya. Abah saya memang mengidam untuk tinggal di kawasan ini, kerana berdekatan dengan rumah ayahnya Tok Abah. Rumah Tok Abah dalam jarak yang boleh berjalan kaki sahaja nun di bawah bukit.

Rumah ini jenis rumah batu berkembar dua, masih dengan courtyard di tengah, tipikal rumah-rumah kerajaan. Lokasinya pula bertentangan dengan sekolah pertama saya iaitu Sekolah Abdul Rahman Andak, yang pada ketika itu telah menjadi Sekolah Angkatan Tentera. Di belakang rumah kami terletak kediaman rasmi Menteri Besar Johor iaitu Saujana.

Jiran kami berkongsi dinding adalah Mrs Rajuhu, beliau seorang balu kepada kakitangan kerajaan yang masih dibenarkan tinggal di kuarters kerajaan itu buat sementara waktu atas dasar peri-kemanusiaan. Tiger kucing peliharaan kami yang nakal itu sempat sekali-dua mencuri peha ayam mentah dari rumah Mrs Rajuhu, dipersembahkannya kepada Mak di dapur kami, mungkin ingin merasa dirinya sama-sama memberi sumbangan agaknya! Mrs Rajuhu sekeluarga kemudiannya berpindah keluar dan rumah sebelah itu dihuni pula oleh Mak Anne sekeluarga.

Mak Anne pandai memasak dan membuat kuih, dia ada menganjurkan kelas untuk para wanita, Mak turut serta belajar dengannya. Mak memang minat, sebab Mak di zaman remajanya dahulu pun belajar di The Azizah Domestic Science School, Johor Bahru. Sekolah ini dipelopori oleh Puan Azizah Jaafar yang merupakan ibu kepada Tokoh Budayawan Negara Puan Azah Aziz, dan nenek kepada Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara terkini. Sekolah tersebut kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Azizah.

Di rumah ini kami dapat tv baru berwarna-warni. Teringat-ingat saat menonton bersama keluarga siri tv Dallas dan The Six Wives of Henry VIII. Siri Dallas kegemaran Mak, tetapi Abah paling menyampah cerita ini. Watak favourite Mak adalah Sue Ellen isteri kepada JR Ewing, saya pula peminat Patrick Duffy sang handsome yang berlakon sebagai Bobby Ewing dalam Dallas dan juga sebagai Mark Harris dalam siri tv Man From Atlantis. The Six Wives of Henry VIII favourite Abah, tidak boleh miss. Mak suka watak Anne Boleyn dalam siri itu. Kami di Johor Bahru mewah dengan siaran tv kerana saluran tv Singapura boleh didapati secara percuma sahaja. Kalau pasang arial tv lebih tinggi lagi, saluran tv Indonesia pun boleh dapat.

Tiger kucing kami dari Rumah Larkin Pasar dan Rumah Bukit Chagar dibawa berpindah sama ke Rumah Abdul Rahman Andak ini. Tetapi malangnya, di sinilah pengakhiran hidup Tiger kucing belang ala-ala duta makanan kucing jenama Whiskas itu. Pada suatu tengahari yang panas membara, Tiger seperti biasa keluar rumah merayau-rayau. Rupa-rupanya Tiger telah menyeberang jalan hingga ke kawasan Sekolah Rendah Angkatan Tentera. Malang tidak berbau kasihan, Tiger telah dengan tidak sengaja dilenyek oleh trak askar yang sibuk mengambil dan menurunkan kanak-kanak sekolah. Petang itu Abah saya mencari Tiger yang tidak kelihatan di dalam rumah, dan terjumpa dengan jasadnya yang terbujur kaku di seberang jalan. Abah ambil Tiger dan bawa pulang ke rumah untuk menunggu kepulangan tuan kesayangannya dari sekolah. Senja itu hitam bagi Adik, juraian airmatanya menderu bagai Air Terjun Kota Tinggi yang sejuk itu. Seminggu Adik tidak ke sekolah, demam kesugulan. Tiger disemadikan di belakang rumah kami, di atas tanah yang sedikit tinggi di tepian pagar Saujana. Adik membina kuburan yang cantik di situ untuk Tigernya. Selepas kepergian Tiger, kami tidak lagi membela kucing buat beberapa tahun seterusnya. Tempias kematian Tiger buah hati seluruh keluarga sungguh membekam di dada.

Berdekatan dengan Rumah Abdul Rahman Andak ini ada sebuah simpang empat yang agak merbahaya dan selalu berlaku kemalangan. Jika anda datang dari arah Saujana, ke kanan simpang ini adalah menghala ke Wadi Hana, ke kiri menurun bukit menghala ke Tarom, jika dari simpang terus ke depan menaiki bukit menghala ke Sekolah Temenggong Abdul Rahman, Sekolah SIGS dan kuburan Cina, serta ke belakang menaiki bukit menghala ke rumah MB iaitu Saujana, Sekolah Saint Joseph dan ke bandar. Oleh kerana keadaan fizikalnya agak membahayakan dan ditambah pula tiada lampu isyarat didirikan di situ, seringlah berlaku kemalangan dan ada juga yang membabitkan kehilangan jiwa. Lantas dikatakan kawasan sekitarannya agak keras serta ada pelbagai versi cerita seram yang disampaikan.

Kadang-kadang malam-malam kami yang membuai mimpi digetarkan oleh bunyi dentuman yang datangnya dari persimpangan itu.

“Oh tidak, tentu sebuah lagi kemalangan telah berlaku!”

Ada juga sebuah cerita misteri lucu yang digusari kesahihannya tetapi bolehlah dicatatkan sekadar mengimbas kenangan. Pernah terdengar kisah berlakunya kekecohan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman yang terletak di atas bukit kawasan Abdul Rahman Andak ini, kononnya para pelajar sekolah itu telah terserempak dengan beberapa orang kenit, sekecil sejengkal jari tangan. Orang-orang kenit itu kelihatan berpakaian pelik berwarna-warni seolah-olah alien dari dunia lain dan datang lengkap dengan kapal angkasa kecil mereka. Menurut cerita, ada beberapa pelajar yang cuba menangkap mereka untuk dimasukkan ke dalam botol, telah luka di jari seperti ditembak oleh makluk asing itu. Entah ya entahkan tidak. Cerita comel.

Selain daripada itu, sepanjang Jalan Abdul Rahman Andak itu dikatakan berhantu dan berpenunggu di malam hari menjelang ke pagi. Di bawah ini dicatitkan dua pengalaman peribadi saya yang agak menyeramkan ketika tinggal di Rumah Abdul Rahman Andak ini.

Cerita Hantu - The Roommate

Cerita Hantu - The Banana Tree Girl

Monday, March 8, 2010

The Banana Tree Girl - Encounter with Ghosts?..The Second Time..

After my father passed away, we stayed on at the government house, received special permission from the government because we did not have our own house yet. The house was just next to the Saujana, the Johor Menteri Besar`s official residence, now all the government houses had been demolished to make way for the development of the Saujana Condominium.

With the absence of my father, my mother`s favourite brother Archer came to join us. Every night we will sit at the flower boxes, just outside the door, in front of the house. We talked and talked until 2.00 to 3.00 am. One night, or rather early morning around 1.00 am, a girl suddenly appeared in front of our house. She asked us to accompany her back to her house down the road, said she was afraid to walk alone. So my uncle, still a bachelor at that time, jumped to her rescue, my brother also could not resist the temptation. My mother being the suspicious one, asked me to follow them, so I went along.

We walked past the MB`s house to another group of government quarters. It was dark, all the houses were closed, and the environment was really quiet, everybody must be sleeping tight, except us the nocturnal. Suddenly, the girl walked fast ahead of us towards a group of banana trees and some bushes, where it was really dark. I immediately pulled my uncle`s hand to stop him from following the girl, he seemed stunt too. The girl waved, smiled and point to the bushes. Then she just vanished! I was so frightened I actually ran to the nearest house to knock and wake them, then I suddenly came to my senses, and decided to go back home as soon as possible. I saw my brother and my uncle staring blankly without uttering any words, so I pulled them back to head home. We did not say a single word until we reached home safely. Then only we talked about the strange occurrence that just took place.

We then remembered about the infamous eerie stories people had gossiped about the stretch of road just next to my house. It all originated from the accidents that happened almost every week at the junction down the road. People had said that the spirits of the people died in the accidents always roam that particular stretch of road. After that occurrence, we stayed in the house after midnight, and make sure we closed all the windows. It was better to have our chit-chat inside, with the TV on and coffee and keropok ikan (fish cracker) on the side.

The Roommate - Encounter With Ghosts