Pages

Friday, May 25, 2012

Tahun 1 - Perjalanan Menggenggam Harapan Bermula

Orientasi

Anda pasti pernah menonton filem Ali Setan lakonan Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustaffa kan. Masih ingatkah adegan pelajar baru membaca ikrar di dalam dewan dengan pakaian seragam orientasi? Ya begitulah apa yang kami lalui. Cuma penggambaran filem Ali Setan dijalankan pada tahun berikutnya iaitu ketika saya di tahun dua. Suasananya sama sahaja, malahan Azmil Mustaffa digambarkan sebagai pelajar yang mengambil kursus yang sama dengan saya, dan penggambaran juga dilakukan di pusat pengajian kami dengan ramai sekali para senior yang menjadi pelakun tambahan seperti Abang Shahrom, Abang Chak dan Ajak. Saya pun adakala sibuk mengendap sampai panjat kerusi hendak lihat penggambaran dilakukan.

Apapun orientasi sebenar yang saya lalui lebih perit dan mengesani. Setelah selesai urusan pendaftaran, saya ke Desasiswa Permai untuk check-in ke bilik. Wow, dapat bilik brand-new lagi, di bangunan asrama yang baru sahaja siap dibina. Bilik saya di tingkat paling tinggi dan terletak paling hujung. Room-mate seorang gadis India, Rachel yang mengambil jurusan Sains Sosial. Dia memang baik, perihatin, peramah dan sangat menghormati orang. Nasib baik. Langkah bertuah.

Desasiswa Permai yang permai..

Minggu orientasi sungguh hectic sekali. Sebelum subuh kita akan dikejutkan dan perlu berkumpul di bawah blok asrama, kemudian diikuti oleh solat subuh berjemaah dan kuliah subuh. Pergh, punyalah mengantuk masa dengar kuliah subuh tu jangan ceritalah. Kadang-kadang siap berebut tembok atau tiang untuk bersandar. Selepas itu sepanjang waktu dari pagi, tengahari hingga ke petang dipenuhi acara-acara seperti lawatan ke sekeliling kampus, menghadiri pelbagai jenis ceramah dan selalu sahaja kena tahan dengan para senior yang ambil kesempatan untuk berkenalan, beramah –mesra sambil membuli sedikit. Buat pertama kalinya dalam hidup saya kena makan kongsi-kongsi dalam dulang semasa di surau. Makan setalam berempat-empat di atas lantai. Eh seronok dan sedap rupanya makan setalam ya!

Makan bersama dalam talam macam ini, tetapi minus lauk ayam BBQ bertongkol-tongkol dalam dulang yang di atas itu okay!

Survival of the Fittest – Lesson #2

Pada penghujung sesi orientasi, saya nampak nama saya naik di notice board. Saya dikehendaki bertemu dengan Bendahari pada kadar segera. Tidak banyak nama yang dipaparkan sama, ada satu dua nama sahaja. Yang lain tentunya sudah bersiap-sedia untuk memulakan pengajian.

Keesokannya, saya pun bersiap-siap untuk berhadapan dengan dugaan kedua dalam kepayahan hidup di kampus. Saya menarik nafas sepanjang yang mungkin dan cuba mengukir sebuah senyuman semanis yang mampu.

[Situasi : di Pejabat Bendahari. Dialog antara pegawai di pejabat Bendahari dengan saya.]

Pegawai : Cik Fara, awak masih belum settle pembayaran yuran pengajian lagi ya? Macam mana tu?

Fara : Saya tunggu biasiswa Encik.

Pegawai : Awak pasti awak boleh dapat biasiswa?

Fara : Saya yakin.

Pegawai : Awak sepatutnya bayar dulu buat kali pertama, nanti semester depan baru ditolak terus dari biasiswa awak.

Fara : Maaf, saya tak ada duit.

Pegawai : Saya dah kaji profail awak Cik Fara, awak dari keluarga yang agak sederhana, sepatutnya awak mampu buat bayaran dulu.

Fara : Bapa saya tak ada duit lebih Encik, cukup-cukup untuk menyara kehidupan sahaja.

Pegawai : Tapi bapa awak tentu boleh usahakan untuk buat pinjaman.

Fara : Bapa saya dah ada buat banyak pinjaman lain Encik, untuk menampung kehidupan. Semasa sekolah, saya dan adik saya tidak menerima buku pinjaman. Semua buku kami harus dibeli sendiri, kerana kami cuma dua beradik saja, jadi mengikut peraturan, kami tidak layak menerima buku bantuan. Lagipun, saya tinggal di Johor Bahru, kampus ini jauh sungguh dari kampung halaman saya. Jadi perjalanan saya untuk meneruskan pengajian ini, memerlukan belanja yang banyak. Saya harap Encik dapat bantu saya. Saya janji kalau saya tak dapat biasiswa, saya akan dapatkan duit dan buat pembayaran, walau dengan cara apapun.

Pegawai : Betul awak memang berminat untuk belajar ni?

Fara : Betul.

Pegawai : Okay, saya buat pengecualian khas untuk awak sahaja. Sepatutnya tak boleh tau. Jangan sia-siakan peluang ini. Concentrate on your studies okay, dont worry.

Fara : Saya janji.

Pegawai : Okay.. (Sambil mengangguk-angguk kepalanya, dan tersenyum manis memandang tepat ke dalam mata saya.)

Saya tahan airmata saya yang sudah bergenang di kelopak mata.

Fara : Terima kasih Encik.

Saya berjalan keluar dalam keadaan yang speechless, I dont know what to say, not even to myself.

Semasa orientasi pusat pengajian, kena berdiri tengah panas.

Sebab itulah semasa di USM saya tidak langsung berminat untuk berpoya-poya. Hidup saya hanya kuliah, tutorial, studio, buat assignments dan buat projek studio. Hiburan saya sekadar menonton tv di tv room, dan sekali sekala berjalan sendirian ke bandar untuk shopping atau sekadar window shopping. Untuk mendapatkan apa yang saya inginkan, saya perlu ada pendapatan sendiri, boleh berdikari serta perlunya financial stability, dalam bahasa mudah kena ada pendapatan yang boleh memberi keselesaan. Sama ada dengan kawan atau tanpa kawan, saya akan capai matlamat saya di USM secepat yang mungkin. I will never stay a minute longer than needed.

Menjelang semester kedua pada tahun 1, saya terima dua bantuan, satu biasiswa daripada Kerajaan Negeri Johor, dan satu lagi dermasiswa dari JPA. Saya terpaksa buat pilihan. Seperti biasa, Abah mahu saya buat keputusan sendiri. Saya membuat pilihan di luar jangkaan semua orang, saya sengaja memilih dermasiswa JPA, agar saya terikat selama 7 tahun dengan kerajaan persekutuan dan boleh dihantar ke mana sahaja di dalam Malaysia. Saya bersedia sepenuhnya untuk dihantar walau ke ceruk mana sekalipun. Ikhlas. Abah saya tepuk dahi kerana menjangkakan saya akan pilih biasiswa negeri Johor, yang akan memastikan saya bekerja dan menetap kembali di negeri kelahiran saya. Bukan saya tidak mahu berbakti kepada negeri tumpah darah saya, saya sungguh-sungguh cintakan negeri Johor, tetapi keinginan dan cita-cita saya adalah untuk merantau dan berhijrah, kerana mengikut pemikiran saya, kita hanya akan menjadi kuat dan tercabar apabila kita menjadi golongan minoriti, atau berada BUKAN dalam kelompok selesa kita. Kita harus keluar dari kepompong dan tempurong. Ya ini masanya, to do or not to do. I chose to just do it!

Selesai sudah isu tanggungan yuran pengajian, yuran asrama dan untuk menampung kehidupan sepanjang menjadi pelajar USM. Alhamdulillah. Semasa pulang bercuti semester, saya tanyakan pada Mak, “Mak, kenapa Abah tu tak nak sediakan duit untuk orang bayar yuran pengajian sebelum dapat biasiswa? Eee bengang betullah kena mengadap Bendahari, orang lain semua bayar tau! Orang sorang je tak bayar. Okay, ada sorang dua je lagi yang tak bayar.”

[Situasi : di rumah. Dialog antara Mak dan saya.]

Mak : Ya ker? Kesiannya anak Mak! Habis tu?

Fara : Habis two, three lah Mak! Okay, dah handled Bendahari tu, dia bagi pengecualian.

Mak : Pandaipun anak Mak!

Fara : Mak ni..

Fara : Mak..orang geramlah ngan Abah ni! Kenapa dia tak nak buat pinjaman, asik suruh tunggu biasiswa je, eee susahlah macam ni.

Mak : Hehehe..(Mak gelakkan saya okay.)

Fara : Mak ni..

Mak : Abah sengaja, dia nak biar awak tu survive sendiri. Dia nak biar awak rasa susah. Jadi nanti bila dah senang tak adalah macam kaduk naik junjung, lupa diri, lupa daratan!

Fara : Eeee tak kuasa tau! Ha..padan muka Abah, orang dah tolak biasiswa negeri Johor! Tak nak berkepit kat Jay Bee ni aje. Orang dah ambik Dermasiswa JPA, nanti kena hantar kat negeri lain..eee bestnya! Lalala lilili lululu..

Mak : Hehehe..baguslah! Nanti dapat Mak jalan-jalan melawat negeri orang.. (Mak saya, always positive.)

Abah oh Abah, sengaja mau kita survive sendiri rupanya. Macam dia tau-tau sahaja yang dia bakal meninggalkan saya buat selama-lamanya secara tiba-tiba, tiga tahun kemudian ketika saya mahu ke tahun akhir. Saya perlu kerja secepat mungkin. Saya tidak mampu untuk gagal, saya tidak boleh mengulang atau menangguh pengajian. Saya perlu jadi ketua keluarga pada usia muda rupanya. Terima kasih Abah kerana beri saya semua latihan itu. Kini baru saya tahu.

Di bilik di Desasiswa Permai semasa Tahun 1, dengan lukisan karya sendiri di kiri dan radio cassette player kesayangan di kanan.

Monday, May 21, 2012

Lagi Kisah di Matrikulasi II USM

Okay, di antara kenangan manis sepanjang Matrik II adalah buat pertama kalinya dapat belajar dalam suasana universiti, kuliah semuanya diadakan di lecture theatre dan tutorial pula di bilik-bilik yang berhawa-dingin. Wah bestnya macam tercapai impian selama ini berangan-angan bila tengok siri drama pelajar undang-undang di TV, The Paper Chase. Dewan-dewan kuliah kebanyakannya sungguh gempak dengan kerusi oren bermeja lipat, mahupun dewan antik yang bermeja kayu panjang dan berbangku kayu panjang. Sungguh tinggi dan terasa sayup melihat lecturer di bawah apabila sekali-sekala terpaksa duduk di barisan belakang bersama dengan sang-sang nakal.

The Paper Chase is a television series based on a 1970 novel by John Jay Osborn, Jr., as well as a 1973 film based on the novel. It follows the lives of law student James T. Hart and his classmates at Harvard Law School.- source Wikipedia.

Lega sekali rasanya apabila saya dapat gugurkan subjek kimia semasa di Matrik II. Jadi, tumpuan hanya pada subjek Biologi, Fizik, Matematik dan subjek kegemaran iaitu English! Masih kuingat kelas Bahasa Inggeris bersama TZ dan Fahmy. Siti D pun ada. TZ memang saya tidak boleh lupa, sebab selalu sahaja kena berpasangan dengan dia, buat dialog. Tapi akhir sekali, saya soal, saya jawab. Hendak marah pun tidak sanggup sebab dia memang baik dan tersengih sahaja, selamba dengan twang pantai timur dia. “Aku dok gheti!” Fahmy pula memang saya ingat sangat sebab dia kategori tall, dark and handsome, ala-ala macam hero kisah cinta dalam buku-buku Mills and Boon, cuma Fahmy ini, pada masa itu dia agak melengkung sedikit, sebab kurus dan mungkin dia conscious dengan ketinggian melampainya, lantas cenderung untuk membongkok, agaknya. Tapi muka dia memang rangking Amitabh Bachan dan Shahrukh Khan, tidak dapat dinafikan. Siti D pula memang saya ingat sangat sebab dia di antara yang paling cute and sweet sekali, siap dengan tahi lalat lagi.

~ Wooh romantic girls out there, did you ever read Mills & Boon? I did, since standard six in primary school.. ~

Cikgu yang ajar English ini orangnya lelaki dan agak berumur sedikit, jalan pun slow sahaja, kira veteranlah. Tapi cara pengajaran dia memang menarik, selalu kena dengar lagu, kemudian kita akan interpret iaitu tafsirkan maksud baris-baris di dalam lirik lagu tersebut. Sambil itu kita belajar tentang bagaimana untuk menyampaikan sesuatu maksud dengan cara yang indah tetapi berkesan, iaitu sampai kepada sasaran. Kita juga belajar tentang penggunaan grammar yang betul, kerana belajar dengan melihat contoh penggunaan yang menarik adalah lebih berkesan. Cara ini juga yang diguna-pakai oleh cikgu-cikgu English saya semasa di sekolah rendah dan menengah semasa di Johor Bahru. Mereka banyak mengajar menggunakan penafsiran lagu-lagu dan skrip drama serta melaksanakan aktiviti lakunan teater dan koir. Saya memang sungguh bertuah. Terima kasih Cikgu!

Subjek paling membosankan saya semasa di Matrik II adalah Fizik dengan pensyarah yang slang giler, dan Matematik dengan pensyarah yang baik dan terlalu lembut bila berbicara, waduh Pak bisa lena saya. Kalau subjek Biologi, saya excited sedikit, tambah lagi bila dapat lecturer yang baru balik dari US, entah apa nama dia, sudah saya lupa. Tetapi, memang gempaklah lecturer ini, sudahlah lawa, dengan rambut dia yang stailo, kadang-kadang siap pakai overalls dan boots lagi. Ajar pun best, sungguh aktif, siap bergerak dengan mikrofon dari bawah sampai ke atas lecture theatre, tidak sempat hendak mengantuk pun. Saya kalau lecturer macam ini, saya absorbed apa yang dia cakap masa itu jugak, terus masuk ke otak. Orang lain saya tidak tahu, okay. Kadang-kadang lecturer Biologi ini, dia selang-seli dengan kawan dia seorang lagi, baru balik US jugak. Yang ini pulak versi muka cute-mute, badan seksi, sedikit plump. Comel-lotey la kiranya. Wow.

Begitulah sedikit sebanyak kisah pengalaman menjadi pelajar Matrikulasi II USM di Kampus Minden Pulau Pinang. Selebihnya, kehidupan pada masa itu sebilangan besarnya terisi dengan kuliah, tutorial, ujian, peperiksaan, balik kampung semasa cuti, pergi ke kantin dan sesekali outing ke Georgetown. Hanya radio cassette playerlah yang jadi peneman setia di kala sunyi dan semasa study. Sesekali lembaran surat dan kad ucapan dari sahabat dan keluarga nun jauh di mata menjadi pengubat duka.

Saya lulus sekadar cukup makan kecuali mendapat A bagi Bahasa Inggeris dan membebaskan saya daripada perlu mengambil subjek English lagi di sepanjang pengajian ijazah. Keputusan keseluruhan saya sederhana tetapi cukup untuk memastikan kemaraan saya ke tahun 1, tanpa ulangan atau sekatan.