Pages

Thursday, September 13, 2012

Kuliah Pertama

Setelah selesai sesi orientasi Universiti dan orientasi Pusat Pengajian, selesai juga urusan pendaftaran, dan segala-galanya, saya pun melangkahkan kaki buat pertama kali ke Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PBP/HBP) untuk menghadiri kuliah pertama dalam hidup saya. Komunikasi untuk PBP, pensyarah Encik Rusli Jamaludin (RJ). Dalam kepala berfikir-fikir, belum apa-apa sudah kena belajar Komunikasi, macam kursus Mass Comm atau Public Relation pula. Dewan kuliah nampak lain macam, apa pasal nampak macam dewan serbaguna? Punyalah besar. Apa tidaknya, dalamnya dipenuhi meja lukisan (drawing/ drafting board yang besar gedabak) di mana kami perlu meletakkan T-Square yang kami hayak ke sana-sini itu. Wah, ada kerusi tinggi yang boleh diturun-naikkan dan dipusing-pusingkan. Ha, yang ini seronok sedikit. Setelah memilih tempat, Pensyarah Komunikasi untuk PBP pun masuk. Alamak, punyalah handsome, sebijik M. Nasir, rugged dan stylolah pulak.


Di antara kata-katanya yang saya ingat pada kuliah pertama itu, “Awak tahu PM kita tidur berapa jam?” Dia pause seketika, kemudian jawab sendiri, “Dia tidur dua tiga jam sahaja. Rugi kalau hidup kita dihabiskan dengan tidur yang banyak..” Sambung lagi..“Kita kena kerja kuat, banyak membaca, dan berfikir.” “Komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Ia perlu untuk kita menyampaikan idea, pendapat, ilmu dan pengetahuan kita. Kalau kita pandai melangit tetapi tidak dapat menyampaikan sesuatu dengan baik..hmm..TOCHA! (Bang! Thats a new word. Now I know he`s weird.) “Kita boleh menyampaikan maksud dalam pelbagai cara, melalui penulisan, kata-kata dan juga lukisan mahupun model tiga dimensi.” Okay, jelas bagi saya mengapa Kursus ini menjadi Kuliah pertama.


“I am your Studio Master. This is Studio 100.” Dia bercakap dengan penuh gaya. Tiba-tiba, dia berhenti di tepi meja saya, dan mengetuk meja saya dua kali. “Okay, you!” (Dalam hati, alamak, belum apa-apa aku sudah kena soal ni!) “I want you to be the class secretary. Shukri will be the class president.” “You will have to take the attendance for my class and for the studio session, and some other things that I will ask you to do from time to time.” (Aikk, awal-awal lagi aku dah kena pegang responsibility? Sudahlah hari itu Abah aku kenakan aku pasal pembayaran yuran, sampai aku kena mengadap Bendahari. Nasib baik pada masa itu Yuna belum dilahirkan lagi, kalau tidak mahu aku nyanyi lagu dia “..ini tidak adil..tidak adil..bagiku..” Tidak mengapalah, terima sahaja dengan hati terbuka.)

Selepas kelas selesai, Encik Rusli datang ke meja saya lagi. “You, Shukri and Sarijah..will be my anak angkat through out your study here. Once a month you will have to see me personally, I will keep track of your progress and problems. Okay, dont worry.” Oh kira macam sistem mentor dan mentee la kalau sekarang ni. So each student will get a bapa angkat during their study there. Through out my four years in the School, Encik Rusli was so good and nice to me. Thank you Sir. You never know how much you have influenced me, with all your advices during the mentoring sessions. You gave me confidence, moral support, ideas and strength.

Tapi..Encik Rusli ni kalau masa sesi krit (sesi mengkritik hasil kerja), boleh jadi ala ala a nightmare on elm street tau. Kalau mutu kerja tidak mencapai dia punya expectations, siap kau..TOCHA pun keluarlah dari mulut dia. Kalau dia komen kata Tocha, hmmm..habislah, kalau boleh dapat D- pun sudah kira untung. Tocha itu sebenarnya berasal daripada perkataan TORTURE, tapi dia saja tukar pronunciation jadi ala-ala Penang, so the word TOCHA. Dia pernah suruh kita orang susunkan model-model yang dikategorikan sebagai Tocha dekat parking area, sebab dia hendak langgar dengan kereta Honda Civic sporty dia tu. Tapi dia acah sahaja sebenarnya, dia tidak start kereta pun. Kadang-kadang dia kutuk hasil kerja kita kow-kow punya, satu studio gelak. Jadi, budak HBP ni dari awal-awal lagi sudah kena training jadi `kebal` sebenarnya. Apa tidaknya, sesi krit itu terpaksa ditempuhi tiap-tiap minggu tau.


Encik Rusli ni, dia suka presentation yang menggunakan bahan-bahan canggih, dan hasil kerja hendaklah near perfect. Kalau hasil kerja kita dia minat, dia akan ambil dan simpan dalam bilik office dia. Ada banyak jugaklah hasil kerja saya yang walaupun tidak sehebat mana, kelihatan tergantung dan menjadi display dalam bilik dia tu. Rasa terharu bila jumpa dia masa sesi mentoring, dan nampak hasil karya kita dihargai oleh guru sendiri. Rasa teruja sangat untuk buat lebih baik next projectnya. Pernah saya dan Zu dinasihatkan oleh Encik Rusli untuk menggunakan certain materials for an abstract model, kami pun beria-iya dan berhabisan sampai pokai. Akibatnya makan nasi sebungkus kongsi berdua. Masa tu, mahu tunggu kiriman wang telegraf dari Mak, yang cuma akan sampai selepas cuti Hari Raya Haji. Duit kami berdua combine pun cuma ada 35 sen sahaja. Menggeletar kaki masa beratur nak beli nasi, memikirkan apalah yang boleh didapati dengan duit sebanyak itu. Akhirnya, kami mintak nasi dua kupang, ambil sayur satu senduk dan siram dengan kuah. Selamat, kena bayar 30 sen sahaja. Saya tampal siling 5 sen baki tu ke dalam diari, sebagai kenang-kenangan. Kami happy dan bahagia, nasi itu rasa sungguh sedap sekali dimakan bersama, kan Zu. Pengorbanan kami berbaloi apabila dapat markah memuaskan bagi projek tersebut.

Semasa di awal semester tahun akhir, setelah Abah saya meninggal dunia, saya ponteng kelas hampir seminggu, rasa malas sekali hendak balik ke kampus. Patah hati dan tidak bermaya, tambahan lagi tidak mendapat tempat di desasiswa. Dugaan berganda. Encik Rusli melalui teman baik saya mengirim pesan suruh saya kembali segera ke kampus, dan hendaklah terus bertemu dengan dia. Saya pun kembali semula ke kampus, pergi menumpang (squatting) di bilik Haniz, dan seterusnya bertemu dengan dia. Encik Rusli kata, “You dont have to be sad you know. Your father is all around you, inside of you, all the time. So, you better continue doing what you should be doing.” “Focus.” So from that moment on, “Focus” has been my favourite word, up to this very second.